Halaman

Senin, 29 Oktober 2018

Usaha seorang anak muda menternak kambing tenusu

Berbaloi ternak kambing tenusu


Usaha seorang anak muda menternak kambing tenusu berbaloi apabila susu kambing dipasarkan mendapat sambutan bukan saja penduduk sekitar malah mendapat pemintaan tinggi daripada pelanggan luar kawasan.
Mohd Amin Abd Rahman, 29, menternak sembilan ekor kambing termasuk dua baka jantan dari Australia mula memberanikan diri menceburi bidang itu sejak tahun lalu.
Semuanya kerana dia melihat kebanyakan penternak di kampungnya tidak menternak kambing susu sebaliknya lebih kepada ternakan daging.
“Sebelum terbabit dalam penternakan, saya bertugas sebagai penyelia sebuah syarikat swasta di Shah Alam, Selangor namun berhenti pada awal 2016 bagi menjaga ibu, Hamidah Samsudin, 61, yang tinggal berseorangan.
“Saya mengambil masa dua minggu memikirkan apa kerja perlu saya lakukan dan mendapat idea menternak kambing tenusu apabila mendapati tidak ada penduduk menternak kambing jenis itu,” katanya yang ditemui di FELDA Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Berbekal modal duit gaji yang disimpan sejak dahulu, dia membuat rujukan menggunakan pelbagai sumber termasuk Internet bagi mengetahui cara betul menternak kambing jenis ini.
Katanya, dengan pertolongan beberapa kenalan, dia membeli enam ekor kambing daripada tiga baka iaitu Saanen, British Alpine dan Toggenberg yang terbukti menghasilkan susu banyak serta berkualiti.
“Menternak kambing tenusu memerlukan perhatian lebih dan sistematik berikutan haiwan ini tidak selesa jika hidup dalam kandang kotor.
“Kandang perlu dibersihkan setiap hari, begitu juga kambing tidak boleh kotor. Sebab itulah, saya membina kandang lebih tinggi bagi membolehkan najis dibersihkan,” katanya yang membelanjakan RM25,000 sebagai modal permulaan.
Mohd Amin berkata, beberapa kenalan di Kelantan dan Terengganu terbabit dalam ternakan kambing tenusu menjadi tempat dia bertanya bagi memastikan tidak tersalah langkah sehingga boleh menyebabkan masalah lain timbul.
“Kambing tenusu perlu diberi makanan mencukupi termasuk dedak dan makanan sampingan rumput selain vitamin.
“Kebersihan kandang dan kambing turut diberi keutamaan menggunakan pencuci nyah kuman,” katanya yang memperuntukkan RM300 sebulan bagi tujuan itu.
Katanya, ketika ini tiga ekor kambing sudah menghasilkan susu dengan secara purata setiap seekor mampu menghasilkan satu hingga dua kilogram susu sehari manakala seekor kambing menunggu masa untuk beranak.
“Proses memerah susu dibuat dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Kegagalan memerah susu akan menyebabkan kambing menjadi tidak bermaya dan sakit.
“Susu diperah dijual dijual mentah terutama kepada pelanggan dari kampung kerana mampu bertahan tiga jam sebelum basi.
“Kebiasaan untuk pelanggan yang jauh, saya perlu memasak terlebih dahulu susu berkenaan sebelum dimasuk ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk,” katanya.
Menurutnya, harga sebotol bagi 250 mililiter adalah RM6 manakala harga bagi sekilogram adalah RM20.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berhenti Sebagai Dosen Ibu ini Justru Sukses Ternak Kambing

Berternak kambing bisa dilakukan oleh siapapun, Ibu Vita adalah salah satu peternak kambing terkoleksi, kandang ternak kambing modern yang t...